Thursday, 14 November 2013

Etika Dalam Berkawan

Assalamualaikum. Hye. :)

I'm new here. And i love to share my stories. *mukadimah kebebungaan kejap*

And sekarang aku nak men-cite-kan tentang a friendship. 

Sayangi kawang kita.

I have met someone. A fren. Ekceli aku kenal dia time sem bape tah. Dia boleh di kategorikan as junior aku. 
Dia ok. Best bila merepek bersama. Pot pet pot pet. Talkative. Sporting. Kalau bab menge-dog, mengenakan orang, dia memang terbaik wa cakap lu. Ekeke.

".. weyh, pehal mak kesayangan awak tu asik nak meroyan je lately nih. Nak menopause ke hape. Kehkehkeh.."

Aku suke kawan dengan dia. But there is something about her yg aku agak kemasaalahan sket. Iaitu dia selalu tak datang class. Haih.

Ayoyo ini masalah manyak menggangu kepalahotakaku ok. Grr..

Aku admit, normal la kalau ade student yg tak datang class, ponteng, malas, saje carik pasal and whatsoeva sebab aku sometimes macam tu. Kalau tiap-tiap hari datang, tak penah miss class, pehhhh..aku memang tabik la. Dasat lu. *ternganga kekaguman sebentar*

Ehem. Ok. Come back. Yg aku cite kan ialah ketidakdatangan dia tu menggangu study aku. Yes, dia memang seorang kawan yg best. But as a classmate, i don't think so. Dia nak satu group dengan aku bila buat assignment or project. But she didn't come to class. Aku pun sometimes bila datang angin kepemalasan, ade gak yg tak datang class. But sekarang aku nak berubah. *hijrah mood*

Sehari sebelum dia tak datang class, dia akan pesan ke aku..

" nanti tolong masuk kan nama kte dalam group awak k.."

Ok. Di sebabkan pikir itu kawan, maka aku masuk kan jela nama dia. But then bila tiba time discussion, dia tak datang and ahli group lain tanya aku..

" eh, kawan u yg lagi satu tu tak datang ke? kenapa dia tak datang eh?.."

.. .. krikk..krikk.. *bunyi cengkerik*

Hanya mampu tersenyum siput jela. Aku pun tak tahu nak cite ke diorang acane. Kenapa diorang tanya aku tentang dia? Sebab aku la yg masuk kan nama dia sekali dalam group tu. Tup tup bila dia asyik tak datang, aku pulak yg di persoalkan. Haih.

Nampak tak kestressan nye?

So.. bila aku diskas dengan orang terdekat aku, mereka suggest supaya aku think about ourselves dulu. Jangan di sebabkan kawan, aku nak lingkupkan study aku. Toksah terlalu membantu orang yg tak nak bantu diri nya sendiri.

So, di sini aku nak sampaikan yg in friendship, we need to give and take. Saling membantu. Jangan sebelah pihak je yg give, sebelah lagi takeeee je koje nye. Tak aci ok. Maw meroyan kawan kau tu di sebabkan stress dengan kau. Be a good friend. Eventhough kau da kenal lama dengan dia, kau tetap kena jaga etika dengan dia. Jangan main langgar je. Respect dia sepertimana dia respect kau.

Hopefully kawan aku tu akan berubah ke arah yg lebih positive la. Aku doakan segala yg terbaik buat dia. Amin. Apa-apa pun, thanx awak. Sebab sudi berkawan dengan kte. :)


One of the most beautiful qualities of true friendship is to understand and to be understood.  - Lucius Annaeus Seneca



These are some tips in friendship. Semoga boleh menjadi panduan utk kita semua.  :)




Etika Dalam Berkawan
  1. Etika bergurau senda dengan seorang kawan, jangan berlebihan sehingga anda menyakiti, fikir dulu sebelum melakukan sesuatu
  2. Elakkan lawak yang melibatkan peribadi. Pilihlah masa dan situasi apabila ingin bergurau. Kadangkala gurauan kita boleh menghiris hati dan perasaan kawan kita tanpa kita sedar.
  3. Jangan terlalu celupar. Mengkritik boleh tapi awas pertuturan dan tingkah laku. Seorang ciri kawan yang baik adalah dia sentiasa membantu kita untuk menjadi yang terbaik. Yang salah tetap kata salah. Yang betul tetap betul. Jadi, jika ingin mengkritik dan memberi nasihat, lihat diri sendiri dahulu, dan fikirkan pendekatan terbaik.
  4. Elakkan diri dari terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat kawan anda seperti keluarga, suami atau isteri. Terlalu membiarkan diri terbabit dengan hal peribadi boleh membawa diri kita dalam kancah kekecohan dan akan timbul isu 'orang ketiga'.
  5. Simpan rahsia kawan anda, elakkan dirinya diaibkan disebabkan anda. Rahsia tetap rahsia. Jangan dedahkan walaupun sedikit. Ia tanda amanah yang harus anda pegang.
  6. Terima kelebihan dan kekurangan kawan anda. Jangan dengki dengan kelebihannya dan jangan pula mengejek kerana kekurangannya. Malah, anda boleh menjalinkan persahabatan yang kuat dengan membuat sesuatu dengan kelebihannya, dan mengelakkan melakukan sesuatu yang boleh menyentuh kelemahannya.
  7. Beri kebebasan untuk kawan kita berkawan dengan orang lain. Jangan menyekat kebebasan untuk mengenali orang lain, jangan sempitkan dunianya. Hormati hak kawan anda untuk berdamping dengan orang lain.
  8. Jika kawan anda marah, jangan provokasi kemarahannya. Malah anda patut memberikan sedikit masa dan ruang supaya rakan anda bertenang. Dalam keadaan marah, tiada apa yang akan menjadi positif.




Sekian.
Thanx for reading. :)